Tuesday 20 December 2011

KEADILAN desak Najib bekukan aset NFC


PETALING JAYA 20 Dis: KEADILAN menggesa Perdana Menteri mengambil tindakan membekukan kesemua aset National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat demikian memandangkan pihak polis hanya membuat siasatan ‘separuh masak’.

“Najib perlu ambil tindakan segera. Bekukan akaun bank dan perbelanjaan NFC sementara siasatan yang telus dan serius (dilakukan),” tegas Saifuddin dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Katanya, pendedahan sebelum ini melengkapkan dakwaan KEADILAN bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk industri daging negara, telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Shahrizat seperti National Meat Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan Real Food Company (RFC).

Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd.

Syarikat itu menjalankan perniagaan restoran mewah dan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan di Singapura.

Menurut Saifuddin, syarikat itu menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalur kepada NFC.
RM1.3 juta dipindah ke Syarikat di Singapura

Hari ini, KEADILAN turut mendedahkan satu komunikasi dalam bentuk email di antara anak Shahrizat, Wan Shahinur Izran dengan Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran milik keluarga menteri itu di Singapura.

Email itu membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah berkenaan.

Dalam tempoh tiga bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Shahrizat dianggarkan memindahkan S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura.

Menurut Saifuddin, dana NFC dijangka dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat milik keluarga Shahtrizat di Singapura.
“Kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura..

“(Dan) kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts,” kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang

//www.keadilandaily.com/

1 comment:

  1. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

    ReplyDelete