Tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk
menaiki kapal selam Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara,
kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Blogger
berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak
mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor
Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu.
Walau
bagaimanapun, menurut Anwar kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal
selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara
dikompromi.
Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di
blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal
selam Scorpene KD Tun Razak".
Dalam pos blognya semalam, beliau
mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah
menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam
berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.
Sambil memidas,
penulis blog yang disifatkan oleh Anwar sebagai tali barut Umno, katnya,
mereka bertindak seolah-olah tidak perlu mematuhi mana-mana
undang-undang negara.
Anwar yang juga ketua umum PKR berkata
demikian kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di
Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi.
Apabila diberitahu bahawa wartawan, selain wartawan Bernama dan TV3,
media lain dihalang daripada menyertai rombongan itu, Anwar berkata
perkara itu membuktikan kata-katanya bahawa ada orang yang di atas
undang-undang".
"Semua serangan keji yang dilakukannya (Papagomo) ke atas orang lain kerana sedar dirinya di atas undang-undang," kata Anwar.
Justeru,
kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan
merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana
keselamatan negara mungkin telah terjejas.
Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu.
http://www.malaysiakini.com/
No comments:
Post a Comment