Sunday, 11 December 2011
Anwar mahu kehadiran blogger di Scorpene disiasat
Tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk
menaiki kapal selam Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara,
kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu.
Walau bagaimanapun, menurut Anwar kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara dikompromi.
Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".
Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.
Sambil memidas, penulis blog yang disifatkan oleh Anwar sebagai tali barut Umno, katnya, mereka bertindak seolah-olah tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara.
Anwar yang juga ketua umum PKR berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi.
Apabila diberitahu bahawa wartawan, selain wartawan Bernama dan TV3,
media lain dihalang daripada menyertai rombongan itu, Anwar berkata
perkara itu membuktikan kata-katanya bahawa ada orang yang di atas
undang-undang"."Semua serangan keji yang dilakukannya (Papagomo) ke atas orang lain kerana sedar dirinya di atas undang-undang," kata Anwar.
Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.
Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu.
http://www.malaysiakini.com/
Wednesday, 7 December 2011
Ucapan di Kongres KEADILAN: Azmin dipanggil beri keterangan
KUALA
LUMPUR 7 Dis: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dipanggil
oleh Polis Johor Bahru untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung
ucapan sewaktu Kongres Nasional KEADILAN yang berlangsung di negeri itu
akhir bulan lalu.Azmin mendapat panggilan telefon kira-kira jam 1.20 petang tadi dari seorang pegawai polis yang meminta beliau menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Bagaimanapun menurut sumber, Hilman Idham yang juga Pegawai Khas kepadaAzmin, pihak polis tidak memberikan sebab supaya Ahli parlimen Gombak itu hadir memberi keterangan.
“Yb Azmin masih lagi belum membuat keputusan dan akan mempertimbangkan serta mungkin akan meminta pihak polis yang bertugas datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil keterangan beliau,” kata Hilman kepada Keadilandaily.com
Azmin kini dalam perjalanan ke Sarawak untuk program Ceramah Perdana yang dianjurkan bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Sarawak.
http://www.keadilandaily.com/ceramah-kongres-keadilan-azmin-dipanggil-beri-keterangan/
OKU juga boleh berjaya

Saat itu juga, terfikir seketika bagaimana perasaan mereka saat pertama kali melangkahkan kaki ke universiti atau mana-mana institusi pengajian bersendirian dan berjauhan daripada ibu bapa masing-masing. Pasti selaku ibu bapa, mereka bimbangkan anak istimewa itu, lebih-lebih lagi apabila tidak berada di hadapan mata. Akan tetapi, tanpa dorongan yang kuat daripada ibu bapa, rakan dan masyarakat, mungkin mereka juga tidak dapat melangkah jauh mengejar cita-cita.
Bagi penuntut Diploma Pengajian Perniagaan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Firdaus Warni, 18, sebagai OKU, kekurangan tersebut tidak dijadikan sebagai halangan untuknya terus menyambung pengajian ke peringkat yang lebuh tinggi.
“Saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan sejak dari dulu lagi. Sebab itu saya mengambil kursus ini. Selaku penuntut baru, apa sahaja halangan yang bakal saya hadapi sepanjang pengajian saya akan anggap ia sebagai perkara biasa dalam menjalani kehidupan,” katanya yang mengalami kecacatan kaki sejak di sekolah rendah kerana penyakit saraf motor-sensory neuropathy.
Menurut Firdaus lagi, dia berasa sangat bersyukur kerana masih diterima untuk menyambung pengajian di peringkat diploma. Jika diberi peluang lagi, akan datang Firdaus ingin menyambung pengajian di peringkat ijazah pula.
“Saya tidak akan berhenti untuk terus menyambung pengajian saya di peringkat yang lebih tinggi. Ibu bapa saya tidak menghalang cita-cita ini, malah memberi sokongan sepenuhnya kepada saya. Pada asalnya ibu memang agak risau untuk melepaskan saya, tapi setelah meyakinkannya, barulah ibu melepaskan saya untuk menyambung pengajian.
“Tambahan pula, inilah pertama kali saya tinggal berjauhan bersama keluarga, dan peluang sebegini saya gunakan sepenuhnya untuk hidup berdikari. Andai ada sebarang masalah, pihak warden asrama akan bantu menghubungi ibu bapa saya,” kata Firdaus lagi.
Firdaus akan ke kelasnya dengan menaiki basikal dan berjalan menggunakan tongkat. Melihatkan sinar matanya, jelas menunjukkan Firdaus seorang yang cekal dan tabah mengharungi ujian diberikan kepadanya ini.
Bagi seorang lagi penuntut masalah pendengaran dari PSA, Ismail Mohd, 20, kursus kemahiran penyelenggaraan mekanikal yang disediakan khas untuk penuntut sepertinya, digunakan sepenuhnya untuk dia menyambung pengajian.
Juga merupakan kali pertama Ismail berjauhan daripada keluarga, dia sangat berpuas hati kerana dapat menyambung pengajian sekali gus memperoleh sijil untuknya meneruskan cita-cita dalam bidang pembuatan kereta.
“Ibu bapa saya menggesa untuk belajar di sini. Pada asalnya memang rasa terpaksa, tapi mungkin mereka mahu saya hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan mereka sepenuhnya. Mungkin juga tanpa desakan ini, saya tidak akan dapat mengejar cita-cita dan menjadi seorang yang berjaya.
“Memang tidak dapat dinafikan kadangkala ada juga rasa rindu terhadap ibu bapa. Sedih juga sebab mereka hanya tinggal berdua sahaja di rumah. Tapi disebabkan saya menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran, segala kerinduan dan kesedihan saya tolak tepi,” kata Ismail yang menggunakan bahasa isyarat.
Kata Ismail, bagi mengubati rindunya, dia akan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau menghubungi melalui 3G untuk berhubung dengan keluarganya. Dengan adanya perkhidmatan sedemikian, duduk berjauhan daripada keluarga yang berada di Terengganu bukan lagi penghalang untuknya menuntut dan hidup berdikari.
Ismail juga tidak perlu risau kerana sepanjang pengajian, dia sentiasa ditemani rakan-rakan sekelas yang juga senasib dengannya. Malah, andai Ismail ingin menyertai aktiviti kokurikulum, terdapat aktiviti khas yang disediakan oleh persatuan cacat pendengaran di institusinya.
Selain itu, Ismail juga tidak mempunyai masalah untuk bergaul bersama rakan yang normal kerana dia masih boleh mendengar dan memahami sedikit percakapan rakannya terutama yang rapat dengannya. Hubungan kuat bersama rakan senasib yang akrab membantunya mengharungi hari-hari mendatang.
http://www.sinarharian.com.my/komentar/oku-juga-boleh-berjaya-1.10531?localLinksEnabled=false
Skandal NFC : Orang ramai tuntut penjelasan
KUALA LUMPUR 7 Dis : Skandal projek lembu oleh National Feedlot
Corporation (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil,
terus menerima kecaman banyak pihak selepas isu itu didedahkan beberapa
minggu lalu.Ia berikutan kerugian operasi syarikat berkenaan dan kegagalannya mencapai sasaran penternakan lembu, meskipun mendapat peruntukan dana sebanyak RM250 juta.
Antara lain, NFC didakwa membeli dua unit kondominum mewah di Bangsar, termasuk membeli kereta mewah Mercedes Benz dan membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara.
Tinjauan yang dijalankan Keadilan Daily mendapati rata-rata orang
ramai yang ditemui mahu kerajaan memberi penjelasan berhubung
penyelewengan dana berkenaan.Seorang pekerja sektor kerajaan Abdul Majid, 46, ketika ditemui menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap penafian Shahrizat dengan syarikat milik suaminya itu.
“Ini bukan duit yang sikit. Projek Lembu ini besar dan dana RM250 juta adalah jumlah yang besar. Rakyat berhak tahu bagaimana wang dana rakyat yang disalurkan.
“Dia (Shahrizat) kata tiada kaitan dengan perniagaan suaminya. Kita boleh fikir secara logik akal. Takkanlah tiada apa-apa pengaruh dari jawatannya dalam projek tersebut?,” soal beliau.
Seorang
pelajar kolej swasta, Nabila Wan Mohd, 21 pula menganggap sesuatu
projek yang melibatkan dana awam, perlu diuruskan secara amanah dan
tidak patut diselewengkan.“Bila kita dah diberi kepercayaan untuk menjayakan satu projek. Kita perlu amanah dan tidak sewenangnya menggunakan duit rakyat sesuka hati. Beliau (Shahrizat) perlu jawab bukan hanya nafi. Duit dari Kerajaan adalah hasil duit rakyat,” ujarnya.
Manakala pekerja swasta Aidil Ali, 26 pula berkata, beliau sudah lali mendengar isu-isu yang mengaitkan penyelewengan duit rakyat.
Bagi beliau, penganugerah kontrak dari Kerajaan sepatutnya dibuat secara terbuka dan bukannya hanya kepada individu berkepentingan dan kroni.
“Projek Lembu tersebut tidak sampai ke orang awam yang sepatutnya
lebih telus perlaksanaannya. Saya ada kawan yang cuba untuk mendapatkan
tender ini namun kertas cadangan mereka ditolak,” katanya.Namun berbeza pendapat Midy Lian, 51 seorang suri rumah, beliau menganggap penganugerahan kontrak kepada kroni bukan isu utama tetapi cara ia dikendalikan.
“Perniagaan tetap perniagaan dan saya tidak kisah siapa punya projek tetapi projek lembu tersebut perlu telus agar rakyat tahu kemana perginya,” katanya.
http://www.keadilandaily.com/skandal-nfc-orang-ramai-tuntut-penjelasan/
Kekayaan Taib Mahmud di Malaysia sahaja RM4.6 bilion
SARAWAK 7 Dis: Kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib
Mahmud di Malaysia sahaja dilapor sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion),
melalui pemilikan aset korporat di 14 syarikat.Maklumat itu didedahkan sebuah NGO berpengkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF) yang berkempen menentang rasuah di Sarawak.
Dakwa BMF lagi, Taib, empat anaknya, lapan adik-beradik dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi, memiliki kepentingan dalam 332 syarikat-syarikat di Malaysia, lapor Malaysiakini.
Antara tiga syarikat terbesar yang dikuasai mereka, adalah Cahya Mata Sarawak atau CMS (84 peratus daripada aset bersih RM2.4 bilion), Custodev Sdn Bhd (25 peratus daripada RM1.6 bilion) dan Ta Ann Holdings Bhd (sekurang-kurangnya 35 peratus daripada RM1.4 bilion).
CMS, yang popular dengan jolokan ‘Chief Minister’s Sons’, disenaraikan sebagai konglomerat yang terbabit dengan sektor pembinaan, simen, keluli, hartanah, pendidikan, swasta dan kepentingan broker saham. Custodev pula adalah sebuah syarikat pembangunan hartanah.
Manakala Ta Ann pula bergiat dalam bidang pembalakan dan perladangan, khususnya, minyak sawit.
BMF juga mendakwa keluarga Taib adalah pemilik tunggal Achi Jaya Holdings, pemegang monopoli ke atas eksport balak, dengan aset sebanyak RM550 juta.
Penemuan ini bercanggah dengan dakwaan Taib bahawa saudara-mara dan keluarganya cuma memperolehi kekayaan di luar Sarawak, hasil kepakaran dan bakat keusahawanan mereka.
Taib juga sebelum ini menafikan ahli keluarganya bertindak sebagai proksi beliau. Sebaliknya, dakwa beliau saudara-mara dan ahli keluarganya kaya-raya kerana mereka adalah “bijak” dan “cekap”.
“Kami anggap kepentingan korporat keluarga Taib sebagai aset haram. Terdapat banyak petunjuk bahawa Taib telah menyalahgunakan kedudukannya bagi membina empayar perniagaan berbilion ringgit berdasarkan rasuah dan penipuan,” dakwa pengarah BMF, Lukas Straumann dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di peringkat antarabangsa pada hujung minggu lalu.
“Kami terkejut melihat keluarga Taib sebegitu kaya manakala rakyat Sarawak perlu bergelut dengan kemiskinan yang berleluasa dan kekurangan infrastruktur dan bantuan kerajaan,” katanya.
http://www.keadilandaily.com/kekayaan-taib-mahmud-di-malaysia-sahaja-rm4-6-bilion/
Subscribe to:
Posts (Atom)
